“ Aufa…”
Gadis yang tunduk membaca dari tadi segera mengangkat wajahnya. Dia kelihatan agak terkejut dengan kehadiran Ikram yang secara tiba-tiba. Aufa lantas bangkit dari tempat duduknya dan mencapai beg untuk segera beredar dari situ namun sempat ditahan Ikram. Ikram segera memberi isyarat agar Aufa duduk semula di tempatnya.
“ Give me 5 minutes to explain all the things.” Pinta Ikram bersungguh-sungguh. Aufa hanya diam tanpa respon. Mengiyakan pun tidak. Menggeleng pun tidak. Telinganya sudah muak dengan pembohongan yang Iqram lakukan. Dia sudah lali dengan semuanya. Jika dulu dia hanya diam dan menerima kembali Ikram selepas apa yang dilakukan oleh lelaki itu kepadanya tapi tidak lagi kali ini. Aufa bertekad walau apapun yang Ikram buat, apa yang Ikram jelaskan dia hanya akan pekakkan teliga dan tutup mata.
“ Fa, please. I promise you this is the last. Lepas ni saya tak buat lagi dah.”
Aufa tersenyum. “ Untuk pengetahuan awak Encik Ikram Isyraf, awak nak buat apa yang awak suka awak buatlah. Saya dah tak nak ambil kisah. Awak nak keluar dengan sesiapapun saya tak kisah. Sebab we’re finished!” ujarnya tenang. Ikram terdiam. Wajahnya kelihatan keruh. Aufa rasa puas. Dia sudah berjaya menyampaikan pesanannya kepada Ikram dengan lancar. Dia berharap agar Ikram faham dan tidak akan menganggunya lagi.
“ Saya minta maaf Aufa. Awak nak buat apa pun awak buatlah tapi jangan putuskan hubungan kita. I love you so much dear.”
Hampir terburai tawa Aufa tatkala mendengar kata-kata cinta dari Ikram. Kalau dulu kata-kata itulah yang sering membuat dia tersenyum sendiri sekarang I Love You dari Ikram boleh membuatkan dia termuntah. Masih terbayang-bayang di ruang mata Aufa bagaimana eratnya pelukan Ikram bersama gadis yang tidak dikenalinya itu. Dia sering mendengar kawan-kawannya memberitahu mereka terserempak Ikram bersama peremmpuan lain tetapi dek kerana rasa sayang dan kepercayaan yang tinggi kepada Ikram, Aufa hanya diam sahaja. Tapi Tuhan itu Maha Adil. Dia terserempak dengan Ikram sendiri ketika pergi menonton wayang. Padahal sebelum keluar dengan Aulia, Aufa telah mengajak Ikram keluar bersama tetapi Ikram memberitahu dia sibuk dengan tugasan. Rupa-rupanya tugasan yang dimaksudkan ialah menghabiskan masa bersama perempuan lain.
“ Dah berapa ramai perempuan awak cakap I love you?” soal Aufa sinis. Wajah Ikram bertukar rupa. Aufa sudah keterlaluan baginya. Sebelum ini gadis itu tidak pernah menolak permintaan maafnya seperti sekarang. Malahan gadis itu sudah berani menyindirnya. Ikmal mula rasa tercabar.
“ Kenapa ni Fa? Saya dah minta maaf baik-baik tapi perlu ke awak ungkit semua tu semula? Saya dah cakap saya akan berubah.” Suara Ikram mulai meninggi. Aufa tersentak.
“ Look here. Just go ahead with new girl. Aku dah tak ada kaitan dengan kau lagi lah.” Tiada lagi saya-awak dalam penggunaan kata ganti diri Aufa. Hatinya panas apabila Ikram berani menengkingnya. Dia memang sedia maklum dengan sikap panas baran Ikram. Entah apalah yang ada pada lelaki itu yang membuat dia sayang pada Ikram dahulu.
“ Siapa cakap? Kau akan tetap jadi milik aku sampai bila-bila Aufa.”
Aufa merengus marah dan terus melangkah pergi dari situ. Orang gila seperti Ikram tidak perlu dilayan.
No comments:
Post a Comment