“ Kenapa tutup telefon? Aku call rumah mama cakap kau keluar. ”
Aufa hanya diam. Soalan Aulia dibiar tidak berjawab. Dia tekun memandang ikan-ikan yang sedang berebutkan roti yang dibalingnya ke dalam kolam. Sejak pulang dari kolej tadi dia terus memandu ke situ. Kolam ternakan ikan milik Pak Long Daim memang menjadi tempat dia melepak sekiranya punya masa terluang. Kawasan persekitaran kolam tersebut juga begitu tenang.
“ Pandai pulak kau cari aku dekat sini.” Balas Aufa sambil tersenyum. Aulia mencebik. Dia mencapai bungkusan roti di sebelah Aufa. Dia turut melakukan apa yang dibuat oleh Aufa. Mencampak kepingan roti ke dalam kolam. Berebut-rebut ikan di situ dibuatnya.
“ Kenapa Ikram cari kau lagi?” soal Aulia sambil memandang wajah kakak kembarnya. Walaupun mereka kembar tapi tidak banyak persamaan antara mereka. Nama sahaja kembar tapi wajah mereka langsung tidak seiras.
Aufa mengeluh. Bagaikan terngiang-ngiang di telinganya suara Ikram sebentar tadi. Kalau dengan Aulia dia memang tidak boleh menyembunyikan apa-apa. Aulia bagaikan tahu semuanya. Sejak dulu lagi adiknya itu menentang hubungannya dengan Ikram. Kata Aulia Ikram bukan lelaki yang baik. Padan muka kau Aufa, dulu tak nak dengar cakap orang. Sekarang semuanya dah terlambat.
“ He want me back.” Tanpa nada Aufa mengatakannya. Badan Aulia segera berpusing menghadap Aufa. Jelas terpamer di wajahnya rasa kurang percaya. Ishhh, Ikram tu ingat kakak aku ni barang ke. Bila dia nak dia ambik, bila tak nak dia buang. Geram aku. Aulia mengutuk Ikram di dalam hati. Dia menjeling Aufa yang duduk termenung di sebelahnya. Kakak aku ni pun satu, dalam banyak-banyak mamat yang syok dekat dia kenapalah dia pilih mangkuk tu jugak. Entah-entah Ikram pakai ubat guna-guna kot sebab tu Aufa susah betul nak lepas dari dia. Eh apa yang aku merapu ni. Orang moden macam Ikram tu takkan percaya dekat benda-benda karut ni.
“ Kau nak?” Tiba-tiba Aulia menyoal. Aufa mengeluh. Dia mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
“ Kau sayang dia?” Aulia masih tidak penat menyoal walaupun Aufa tidak memberi respon seperti yang diharapkan. Aufa lebih banyak mendiamkan diri daripada menjawab soalannya.
“ Tipulah kalau aku cakap aku tak sayang dia Lia. Kitorang kenal since we are in form five lagi. Dulu dia okay je cuma sejak belakangan ni aje dia banyak buat hal.”
Kini giliran Aulia pula terdiam. Betul juga cakap Aufa. Dah masuk tahun keempat dah diorang ni bercinta. Agaknya Ikram dah bosan dengan Aufa kot. Aulia membuat telahan sendiri. Dia memandang Aufa. Kakaknya itu bukanlah tidak ada rupa. Kalau diikutkan ketinggian Aufa, Aufa layak menjadi model. Kalau tidak masakan Auntie Zaini yang duduk sebelah rumah selalu aje offer Aufa buat modeling dekat syarikat miliknya. Kalau diikutkan rupa pula, Aufa lebih banyak mewarisi kecantikan mamanya. Matanya bundar kulitnya halus licin. Ehh, aku bukan main lagi puji Aufa. Kalau Aufa cantik aku pun mesti cantik jugak kan. Kitorang kan kembar. Hehehehe. Aulia tertawa.
“ Apasal kau gelak?” Aufa menyoal adiknya dengan penuh rasa hairan. Takkan Aulia rasa ceritanya tadi itu lucu. Aulia segera menutup mulutnya sebelum tersengih-sengih. “ Sorry. Aku bukan gelakkan kau.”
Aufa mencebik. Dia segera bangun dari tempat duduknya. “ Jom!” ajak Aufa sambil mengambil beg tangannya di atas tanah. Aulia terpinga-pinga. “ Nak pergi mana?”
“ Kau nak tidur sini ke? Balik rumah laa.”
Aulia terkocoh-kocoh mengumpul plastik-plastik sampah. “ Woi tunggulah!”